Tuesday, December 16, 2008
MasyaAllah.. Saya pun tak tau kenapa,Keluang Boy dah tergerak hati reply mesej saya!!! Alhamdulillah... Kami pun mesej,just like usual,as a friend. Tak tau macam mana nak cakap,saya hepi sangat. Tuhan memang Maha Adil. Malam tadi,saya duduk,menadah tangan sambil menangis memohon agar dibukakan hati Keluang Boy untuk cuba menerima kehadiran saya. Saya harap,sesiapa yang membaca blog ini untuk mendoakan semoga Keluang Boy akan membuka hatinya untuk saya... Hanya itu yang saya harapkan.. Amin..
Selamat tido!
Salam...
Monday, December 15, 2008
Ape ye...

Assalamualaikum...
Hmm.. Hari ni,saya rasa saya rindu sangat kat Keluang Boy. Kawan-kawan semua suggest,suruh saya mesej dia,tapi,saya takut lah.. Saya tahu,dia selalu busy. Dia study kat Institut Perguruan Tun Abdul Razak,Kuching,Sarawak. Student IPT,mestilah busy kan.. Kadang-kadang,saya rasa penantian ni tanpa pengakhiran. Tapi,tidak pernah dan tidak akan pernah wujud perkataan jemu dalam diari penantian mengejar cinta saya ni. Tolong doakan untuk saya,yek.. Amin.. Kerana,sesungguhnya,saya amat pasti dengan hati dan perasaan saya sendiri,saya amat perlukan Keluang Boy dalam hidup saya. Dia terlalu penting,teramat penting.. Satu-satunya insan yang mengajar saya erti hidup,dan mengajar saya mengenal diri sendiri..
Cinta itu amat bermakna..
Tanpa cinta,kita mungkin akan lebih sengsara..
Namun aku berpegang pada cinta yang satu..
Kali pertama aku ucapkan,Aku Cinta Padamu..
Tak bisa aku membohongi..
Segala apa yang telah terjadi..
Akan ku telan segala pahit demi cinta..
Andainya cinta tiada lagi..
Pasti aku kan pergi..
Tetapi kini ku telah berpegang pada janji..
Namun,kasih,harusku simpan semua ini..
Berjanjilah kita tak akan terpisah lagi..
Kerana cita diibarat bagaikan rembulan..
Menyinari setiap malamku..
Bugitulah cintaku..
_fawiesha_abadi_selamanya_
Sunday, December 14, 2008
Ini Permulaannya...

Assalamualaikum..Alhamdulillah..Baru hari ni impian saya nak buat blog tercapai..Pengenalan diri saya : Nama kurniaan mak & ayah saya,Khairunnisa binti Mohamad Mahzunie.. Dilahirkan pada tanggal 24 Jun. Bagi saya,itulah tarikh teristimewa dalam hidup saya. Saya berasal dari Pusa,Sarawak. Aku Mengejar Cinta... Terdapat maksud yang tersurat di sebaliknya.Maksud yang amat memberi makna yang indah dalam hidup saya. Saat mengenali seseorang yang saya gelarkan "Keluang Boy".saya umpamakan seperti saya baru sahaja mengenali diri saya sendiri. Namun,ternyata,dia lebih mengenali diri saya lebih daripada saya mengenali diri saya sendiri. Terus terang saya katakan,dia amat penting dalam hidup saya.. Setakat ini sahaja epilog kisah Ake Mengejar Cinta.. Salam..